Masa : 2.30 petang
KUALA LUMPUR
Kedutaan Republik Filipina di Malaysia, 1 Jalan Changkat Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
View Larger Map
SARAWAK (Kuching)
Sarawak Warrior Memorial (Tugu Pahlawan Sarawak), Jln. Reservoir Kuching, Sarawak 93000
SABAH (Kota Kinabalu)
Lintasa Deasoka (baru disahkan)
Akan diumumkan : Sarawak (Miri), Sabah (Kota Kinabalu)
Jika anda mempunyai bandar/negara di mana anda berada dan ingin turut bersama/anjurkan, sila tweet
PERHATIAN!
Ini BUKAN perhimpunan. Ini TIADA kaitan soal politik. Kami cuma ingin menyampaikan mesej kami kepada Filipina - bahawa kami adalah negara yang aman dan tidak ingin konflik, dan menggesa mereka untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan hubungan, kedua negara kami.
TUJUAN :
- Untuk menunjukkan kami mencintai keamanan negara kami. Jika perhimpunan dihadapan kedutaan kami di Manila tampil dengan pelbagai elemen negatif, kami ingin tunjukkan rakyat Malaysia juga ingin bersuara, tapi dengan cara AMAN.
- Sebagai tanda terima kasih dari rakyat Malaysia kepada kerajaan Filipina yang telahpun menyelar tindakan pihak yang telah menceroboh negara kami
- Sebagai kenangan jasa dan tanda sokongan kepada perajurit negara, biar yang terkorban ketika bertugas, mahupun yang masih berjuang di Sabah untuk mempertahankan negara kami.
- Untuk menyakinkan rakyat Filipina di Malaysia, dan rakyat Malaysia dari kaum Sulu, negara kami selamat dan warganegara Malaysia tidak memandang serong dengan tindakan sekumpulan kecil penceroboh
BAGAIMANA UNTUK SERTAI:
- Bawa bunga, biar sekuntum ataupun sejambak untuk diletakkan dihadapan kedutaan Filipina
- Datang dengan doa untuk Malaysia terus aman, keselamatan anggota keselamatan kita yang berjuang dan juga untuk mereka yang telahpun terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia
INGAT!
- JANGAN bawa bendera, sepanduk, sebarang bahan paparan, kain rentang, baju T (samada di pakai atau di bawa yang mempunyai ikatan politik/NGO) selain dari dinyatakan diatas.
- JANGAN berkumpul di depan kedutaan. Letakkan bunga, sedekahkan doa, dan pulang. Sekali lagi, ini BUKAN perhimpunan
- JANGAN datang dengan penuh kemarahan. Kami tidak ingin kata-kata tidak elok mencemari suasana keamanan yang ingin kami tonjolkan
- JANGAN melaungkan sebarang slogan atau sebagainya yang berbaur perkauman, keagamaan atau politik.
- JANGAN melakukan sebarang tindakan memalukan Malaysia
- JANGAN datang dalam sekumpulan yang besar untuk mengelakkan niat #OpsBunga disalahertikan
Sebarkan info #OpsBunga - dan mari kita tunjukkan - Malaysia dan rakyatnya negara yang aman dan terus inginkan keamanan.
Jumpa di sana.
10 comments:
nice idea!! i love it....
best of luck! i'm touched just by reading our ikrar.
sedih bila mengenangkan perkara ini, tak pernah disangka akan terjadi kt tanah air sendiri..
Great encouragement.
Am working, so will observe the web.
Do take some pictures and probably a video. Maybe can up it out in the blog as part of the support for the whole world to know our good intentions to keep the peace in our country.
congratulations for your effort. This shows that us Malaysian are more civilized in the way we react to issue like this. love from kuching.
I am very happy that you have started this. Another alternative place to give flowers is the many refugee communities throughout Sabah where the orang Suluuks live.
Hasilkan banner keamanan...
Opsbunga
Sekadar cadangan
what about johor bahru?
Idea yg bernas..ini menunjukkan kita kebih matang..salute...
Idea yg bernas..ini menunjukkan bahawa kita lebih matang..kita pentingkan keamanan..salute
Post a Comment